Berita Harian (BH) berhasrat memainkan peranan untuk berbakti kepada masyarakat, dan telah meningkatkan usaha mendekati masyarakat sepanjang dua tahun sejak ia melalui transformasi.
Demikian kata Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, dalam ucapannya semasa acara berbuka puasa bersama penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan yang dianjurkan oleh BH pada 13 Mac.





