WASHINGTON/ADEN (Yaman): Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran di Yaman pada 16 Mac, meragut nyawa sekurang-kurangnya 31 orang dalam kempen ke atas kumpulan Houthi yang dijangka berlarutan sehingga beberapa hari.
Serangan tersebut berikutan serangan Houthi ke atas kapal-kapal di Laut Merah. Encik Trump memberi amaran bahawa “neraka menanti” jika serangan itu tidak dihentikan.





