ISKANDAR PUTERI (Johor): Polis Johor menumpaskan sindiket dadah antarabangsa selepas membongkar tiga makmal dadah dan sebuah kilang penyimpanan dan peralatan dadah di Iskandar Puteri dan Seri Alam dengan rampasan bernilai RM12.9 juta ($3.86 juta).
Ia hasil operasi khas dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Iskandar Puteri bersama-sama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, menerusi lima serbuan...





