Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan balu kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Jeanne Abdullah, atas pemergian Allahyarham.
Dalam suratnya kepada Tun Jeanne, Encik Wong berkata beliau amat sedih apabila menerima berita pemergian Tun Abdullah yang disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan disanjung...





