Rwanda, negara Afrika Timur yang tidak mempunyai garis pantai, telah menjadi negara terbaru yang memuktamadkan perjanjian perdagangan karbon dengan Singapura – menjadikannya perjanjian keenam yang dimeterai Singapura sejak akhir 2023.
Perjanjian pelaksanaan itu ditandatangani pada 6 Mei oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dan Menteri Sekitaran Rwanda, Dr Valentine Uwamariya, semasa lawatannya ke Singapura, lapor The Straits Times...





