PARIT: Bermula dengan enam ekor ayam kampung dipelihara di rumah, kira-kira 11 tahun lalu (2014), seorang bekas penjawat awam kini berbangga dengan pulangan menguntungkan melalui perniagaan berasaskan penternakan ayam kampung yang diusahakannya.
Encik Firdaus Nazarudin, 37 tahun, berjaya mengasaskan syarikat Dusoon Sara Enterprise (Dusoon) yang beroperasi di Kampung Telok Bedayong, Kampung Lambor Kanan, di Parit.





