Penantian hampir setahun pemain bola sepak kebangsaan Malaysia, Faisal Halim, terhadap siasatan tragedi serangan asid menimpanya berakhir dengan kehampaan apabila polis menamatkan siasatan kes terbabit kerana gagal menemui petunjuk atau suspek terlibat.
Menurut peguam kepada pemain sayap Selangor FC itu, Nik Zarith Nik Moustpha, surat Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Februari memaklumkan, siasatan pihak polis gagal mengaitkan kes berkenaan dengan...





