Pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Politeknik Nanyang (NYP) dan masih belum membuat keputusan mengenai diploma yang ingin diambil akan berpeluang ‘mencuba’ tiga bidang berbeza – kejuruteraan, perniagaan dan teknologi, melalui Program Kemasukan Bersama (CEP) terbaru politeknik.
NYP telah melancarkan program baru – Program Perniagaan dan Teknologi Bersama – yang memberi pelajar fleksibiliti untuk meneroka pelbagai kursus sebelum membuat keputusan...





