Perkhidmatan kereta api di Laluan Circle (CCL) akan berakhir lebih awal, pada 11 malam, dari Ahad hingga Rabu antara 15 Jun dengan 30 Julai.
Ini bagi memudahkan kerja-kerja pembaharuan sistem menjelang pembukaan laluan Peringkat 6 pada separuh pertama 2026, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali rel SMRT pada 22 Mei.





