Pengangkutan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat Laluan Circle akan tamat awal beberapa hari antara 15 Jun-30 Jul

May 22, 2025 | 3:46 PM
Perkhidmatan kereta api pada  Khamis, Jumaat dan Sabtu dalam tempoh antara 15 Jun hingga 30 Julai akan kekal tidak berubah.
Perkhidmatan kereta api pada Khamis, Jumaat dan Sabtu dalam tempoh antara 15 Jun hingga 30 Julai akan kekal tidak berubah. - Foto ST

Perkhidmatan kereta api di Laluan Circle (CCL) akan berakhir lebih awal, pada 11 ​​malam, dari Ahad hingga Rabu antara 15 Jun dengan 30 Julai.

Ini bagi memudahkan kerja-kerja pembaharuan sistem menjelang pembukaan laluan Peringkat 6 pada separuh pertama 2026, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali rel SMRT pada 22 Mei.

CCL6 – yang terdiri daripada tiga stesen bawah tanah baru, Keppel, Cantonment dan Prince Edward Road – akan menutup laluan antara stesen HarbourFront dengan Marina Bay, lapor The Straits Times.

LTA dan SMRT berkata perkhidmatan kereta api pada Khamis, Jumaat dan Sabtu kekal tidak berubah.

Kerja-kerja pembaharuan itu diperlukan memandangkan sistem kawalan penyeliaan bersepadu – yang memantau dan mengurus bekalan kuasa, komunikasi dan kemudahan stesen pada CCL – telah digunakan sejak ia dibuka pada 2009, kata mereka.

Sistem ini perlu diperbaharui untuk memastikan ia serasi dengan rangkaian stesen baru pada CCL6.

Oleh itu, pelarasan kepada perkhidmatan diperlukan untuk membolehkan ujian dan pentauliahan pelayan dan peralatan baru yang selamat dan rapi.

Pihak berkuasa menasihatkan penumpang supaya merancang perjalanan mereka dan menggunakan laluan MRT dan perkhidmatan bas lain untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Poster akan dipasang di semua stesen MRT CCL dan pusat pertukaran kereta api lain yang bersambung dengan CCL untuk memaklumkan orang ramai tentang perubahan ini.

Kakitangan juga akan ditempatkan di stesen yang terjejas untuk membantu penumpang.

SMRT dan LTA berkata pelarasan perkhidmatan selanjutnya akan diperlukan, secara sementara dari September hingga Disember, untuk melengkapkan ujian penyepaduan sistem merentas seluruh CCL dan memastikan bahawa regangan CCL6 disepadukan dengan baik dengan seluruh laluan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg