Atuk kata, sejak Atuk tidak bekerja Atuk tidak selalu keluar. Cuma sesekali hujung minggu setiap awal bulan, Atuk akan menemui kawan-kawannya. Kawan-kawan bekas penuntut sekolah menengah yang bersatu kembali setelah terpisah sekian lama.
Atuk kata, mereka tidak bertemu semenjak mereka menjalani laluan hidup masing-masing setelah peperiksaan Sijil Persekolahan pada akhir tahun 1970. Mujurlah ada orang baik seperti arwah Tuk Ajak...





