Pelakon Malaysia, Jalil Hamid, 68 tahun, bimbang selepas gagal mendapatkan perkembangan isteri, Cik Haryati Sariat, yang mengerjakan ibadah haji di tanah suci Makkah, seharian pada 25 Mei, didakwa berpunca daripada talian telekomunikasi yang tersekat-sekat.
Bagaimanapun, Jalil, atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid, lega selepas isterinya itu berjaya dihubungi, kira-kira 3 petang pada 26 Mei.





