GOMBAK (Selangor): Polis merampas 222.331 kilogram syabu bernilai RM7.1 juta ($2.16 juta) dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan kereta di sini pada 14 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Penolong Pesuruhjaya Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya membuat serbuan di gudang berkenaan pada kira-kira 9.30 malam dan menemui 212 bungkusan plastik mengandungi dadah jenis syabu berkenaan dalam sebuah kereta Toyota...





