KUALA LUMPUR: Sebanyak 555 prospek di penjara seluruh negara dibebaskan pada 3 Jun di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Hari Raya Aidiladha.
Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan Johor menjadi negeri paling ramai prospek dibebaskan iaitu 83 individu, diikuti Sabah (82), Sarawak (68), Terengganu (67), Pahang (54), Selangor (51) Pulau Pinang (45),...





