Penggambaran drama yang mengetengahkan pelbagai isu pengorbanan, Korban (Musim 2) di New Zealand, mencetus rasa terharu pelakon dan pengacara Singapura, Nurul Aini, 42 tahun, kerana ia mendorongnya menyelongkar mengenai siapa dirinya yang sebenar.
Dalam proses tersebut, beliau turut menghadapi cabaran apabila terpaksa berjauhan buat sementara waktu dengan tiga anaknya, Shan Ehan, Shaista Eman dan Shania Eva, demi memenuhi tuntutan kerjaya.





