Pengantin baru, Cik Diana Jamaluddin, 31 tahun, dan Encik Raghu Maharjan, 39 tahun, meraikan hari istimewa mereka pada 15 Jun lalu di Sky Garden Sentosa, ruang atas bumbung berlatarbelakangkan pemandangan laut.
Pada sebelah malamnya, percikan bunga api – yang diadakan setiap hari di Pulau Sentosa – menghiasi langit, memberi sentuhan istimewa kepada majlis perkahwinan mereka itu.





