Maybank Singapore telah melancarkan program Maybank SG60 Silver Buddies@South East, dengan kerjasama Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East.
Ia bakal memberi manfaat kepada 1,600 warga emas daripada enam badan bukan mencari untung (NPO).
Maybank Singapore telah melancarkan program Maybank SG60 Silver Buddies@South East, dengan kerjasama Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East.
Ia bakal memberi manfaat kepada 1,600 warga emas daripada enam badan bukan mencari untung (NPO).
Paraguay meraih kemenangan 2-1 ke atas Jepun dalam perlawanan terakhir Cabaran Mizuho Blue - Siri Bola Sepak Kallang Singapura.
Kekalahan itu bermakna Jepun gagal menghadiahkan kemenangan sebagai perpisahan buat ketua jurulatih, Hajime Moriyasu, dalam perlawanan terakhir beliau mengendalikan pasukan.
Pasukan negara menutup kempen Cabaran Mizuho Blue – Siri Bola Sepak Kallang Singapura dengan kekalahan 0-7 kepada Brazil di Stadium Negara pada 17 November.
Keputusan itu menyamai kekalahan pasukan Singa dengan jaringan sama kepada Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Jun 2024.
ANTALYA (Turkey): Singapura sedang bersedia untuk mengalihkan ekonominya daripada berasaskan bahan api fosil kepada ekonomi lebih hijau, namun akan melakukannya dengan cara yang diurus secara teliti.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata ini bertujuan agar ia dapat kekal berdaya saing dari segi ekonomi walaupun ia sedang melakukan “perkara betul buat dunia dan generasi akan datang kita”.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong bakal tiba di Shenzhen pada 18 November untuk lawatan ketiganya ke China sebagai Perdana Menteri.
Encik Wong akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) ke-33 dan bertemu dengan Presiden China, Encik Xi Jinping.
Media sosial yang kian berkembang pesat telah menjadi pemangkin kepada peningkatan jumlah golongan belia yang ditangani di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas kes radikalisme, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
Merujuk kepada Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura (STTAR) 2026 yang telah dikeluarkan September lalu, beliau berkongsi bahawa enam daripada lapan kes baharu yang...





