Polis merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tindakan menurunkan hantaran dan komen berunsur fitnah terhadap pelakon, Alya Iman, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata kes dirujuk ke MCMC selepas pihaknya menerima laporan dibuat Alya pada 3.49 petang, 19 Julai.





