Kementerian Kesihatan (MOH) pada 22 Julai mengesahkan bahawa isu yang menyebabkan kesilapan pemprosesan dalam Sistem Ujian Kelayakan Isi Rumah (Homes) yang mengakibatkan sekitar 20,000 orang menerima subsidi dan geran yang salah telah dikenal pasti.
Menurut MOH, yang menguruskan sistem Homes, kesilapan itu menyebabkan lebih kurang $7 juta lebihan bayaran kepada kira-kira 90 peratus individu yang terlibat, dan sekitar $2 juta...





