TEHRAN: Iran kini dilanda gelombang letupan dan kebakaran misteri yang berlaku hampir setiap hari sejak dua minggu lalu, termasuk di kompleks kediaman, kilang kasut, lebuh raya berhampiran lapangan terbang utama serta loji penapisan minyak di Abadan.
Walaupun pihak berkuasa secara terbuka menafikan unsur sabotaj, beberapa pegawai kanan pemerintah secara tertutup menyatakan kebimbangan bahawa negara itu sedang menjadi sasaran kempen terancang...





