SEREMBAN (Negeri Sembilan): Kanak-kanak enam tahun yang ditemui disyaki ditanam oleh bapanya dekat Rompin, Jempol, Negeri Sembilan, pada 29 Julai, disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dengan tekanan pada leher.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata dapatan berkenaan diperoleh melalui bedah siasat kira-kira empat jam bermula 12 tengah hari, pada 29 Julai.





