Kesatuan Ragbi Negeri Johor (JRU) terus memperkukuh persiapan menghadapi Kejohanan Piala Agong 2025 dengan menandatangani empat pemain import dalam satu majlis rasmi di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.
Majlis menandatangani kontrak tersebut disaksikan Presiden JRU, Datuk Mohd Noorazam Osman; Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Encik Mohd Ekmaluddin Ishak; dan Duta Sukan Johor, legenda ragbi dunia Sonny Bill Williams. Turut hadir,...





