Kandungan yang menyentuh isu sihir, kegiatan paranormal atau amalan ghaib perlu dihadapi dengan berhati-hati dan tidak wajar dijadikan bahan hiburan atau bagi tujuan meraih perhatian kerana ia boleh membawa kepada kekeliruan dan normalisasi perbuatan salah.
Demikian ditekankan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dalam jawapannya kepada Berita Harian (BH) pada 21 Ogos, menyusuli perkongsian kandungan media sosial sebegitu...





