SUBANG JAYA (Selangor): Kejadian kemalangan berhampiran di SS17, Subang Jaya, Selangor, pada 13 Ogos lalu, membongkar kegiatan pengedaran dadah selepas polis menemukan sebanyak 220 kilogram (kg) syabu bernilai RM7 juta ($2.03 juta) dalam kereta yang ditinggalkan di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, kereta Honda Civic...





