Polis memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan penipuan yang melibatkan Inisiatif Subsidi Perumahan Johor-Singapura.
Dalam penipuan seperti ini, mangsa akan menemui iklan seperti “JBSG Housing Subsidy Program” (Program Subsidi Perumahan JBSG) atau “Free Homes Across the Causeway” (Rumah Percuma di Seberang Koswe) di platform dalam talian, seperti Facebook, yang menyentuh tentang apa yang didakwa kerjasama antara pemerintah Singapura...





