JAKARTA: Menteri Kewangan Indonesia, Dr Sri Mulyani Indrawati, digugurkan secara mengejut daripada Kabinet Presiden Prabowo Subianto ketika sedang mempengerusikan mesyuarat penting di kementeriannya, sekali gus menamatkan era lebih satu dekad beliau sebagai penjaga disiplin fiskal negara.
Menurut dua sumber yang rapat kepada Reuters, Dr Sri Mulyani menerima panggilan daripada pejabat Presiden selepas jam 2.30 petang Isnin, 8 September memaklumkan bahawa...





