Kerjaya beliau sebagai karyawan pendidikan awal kanak-kanak dan penyelidik dalam bidang ini sejak lebih sedekad lalu telah mengukuhkan keyakinan Cik Nur Riduan bahawa lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk membantu pelajar Melayu/Islam meningkatkan pencapaian mereka dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.
Cik Nur, 38 tahun, mendapati terdapat bilangan pelajar Melayu yang agak tinggi dalam Program Pembelajaran Sokongan (LSP), iaitu program yang...





