Pengacara televisyen Amerika Syarikat Jimmy Kimmel tiba untuk acara “An Evening With Jimmy Kimmel” di Hotel Roosevelt, Hollywood pada 7 Ogos 2019. Rancangan larut malam Kimmel dihentikan siarannya pada 17 September 2025, hanya beberapa jam selepas pemerintah Amerika Syarikat  mengugut untuk membatalkan lesen penyiaran susulan komen beliau mengenai pembunuhan pempengaruh konservatif Charlie Kirk. Tindakan mengejut rangkaian ABC menyingkirkan salah satu rancangan larut malam paling berpengaruh di Amerika itu dikecam pengkritik sebagai penapisan oleh kerajaan, namun disambut baik oleh Donald Trump yang sejak sekian lama tidak senang dengan pelawak yang mengejeknya.
DuniaSep 19, 2025 | 3:42 PM

Trump sambut baik penggantungan pengacara tv, cetus kebimbangan kebebasan bersuara di AS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada 18 September meraikan keputusan menggantung rancangan pengacara terkenal Encik Jimmy Kimmel, sambil menggesa lesen penyiaran televisyen ditarik balik jika terus menyiarkan liputan negatif mengenai pentadbirannya. Kenyataan itu mencetuskan kebimbangan baharu mengenai serangan terhadap kebebasan bersuara di negara itu.

Langkah ini berlaku selepas syarikat penyiaran ABC, yang dimiliki Disney, menggantung rancangan Jimmy Kimmel Live!...

tarikan bakat politik, gaji politik, khidmat awam
SingapuraSep 8, 2026 | 8:56 PM

Pengamat: Gaji bukan penentu, usah jadi penghalang berkhidmat dalam politik

Pertimbangan kewangan mungkin bukan satu-satunya faktor yang menentukan sama ada individu berkeupayaan dan berpengalaman memilih untuk menceburi bidang politik, namun gaji yang kompetitif tetap penting bagi memastikan ia tidak menghalang seseorang itu daripada berkhidmat.

Demikian pandangan beberapa pemerhati yang dihubungi Berita Harian (BH).

Menteri Kanan Encik K. Shanmugam berkata pemerintah memandang serius jenayah seksual dan mengenakan hukuman berat, terutama apabila mangsa terdiri daripada kanak-kanak bawah umur.
SingapuraSep 8, 2026 | 8:43 PM

Shanmugam: Pemerintah pertimbang kastrasi kimia tangani jenayah seksual jika terbukti berkesan

Pemerintah terbuka untuk mempertimbangkan langkah termasuk rawatan anti-androgen secara farmakologi, yang juga dikenali sebagai pengebirian kimia, sekiranya jelas bahawa langkah sedemikian berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah.

Menteri Kanan, Encik K. Shanmugam, berkata demikian dalam jawapan bertulis pada 8 September sebagai respons kepada soalan yang diajukan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) mengenai sama ada Kementerian Dalam Negeri (MHA) telah menilai langkah...

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.
SingapuraSep 8, 2026 | 8:19 PM

SM Lee: Kepimpinan berkaliber tinggi penting bagi S’pura

Kos akibat kepimpinan yang sederhana adalah jauh lebih besar berbanding kos membayar gaji menteri secara wajarnya, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.

Beliau menambah, terutama sekali dalam dunia yang penuh ketidakpastian, kepimpinan yang berkaliber tinggi amat penting untuk memandu Singapura mengharunginya.

Singapore Airlines, Air India, pelaburan asing
EkonomiSep 8, 2026 | 8:03 PM

Jeffrey Siow: Pelaburan Air India ‘tidak jejas’ keupayaan SIA beri perkhidmatan kepada rakyat S’pura

Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, bertikam lidah dengan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Kenneth Tiong, di Parlimen pada 8 September berhubung laporan mengenai kerugian Air India dan permintaan syarikat itu kepada pemegang saham, termasuk Singapore Airlines (SIA), untuk menyuntik modal baharu AS$1.5 bilion ($1.90 bilion).

Encik Tiong (GRC Aljunied) bertanya “sama ada kerugian daripada dan jumlah tercatat dalam...

PM Wong, tarik bakat politik, Kabinet Singapura
SingapuraSep 8, 2026 | 7:18 PM

PM Wong: Sukar tarik bakat sektor awam, swasta sertai Kabinet

Usaha untuk menarik individu berkebolehan daripada perkhidmatan awam dan sektor swasta untuk tampil berkhidmat sebagai menteri kini menjadi satu cabaran yang semakin sukar buat Singapura.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menegaskan perkara itu semasa menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 8 September berhubung respons pemerintah terhadap Laporan Jawatankuasa Semakan Gaji Pemegang Jawatan Politik dan Anggota Parlimen (AP) 2026.

Perlu cari keseimbangan untuk pastikan masjid ruang terbuka dan juga selamat
Play Video

Jawatankuasa perkukuh perlindungan institusi agama akan ditubuhkan
Play Video

ARS bukan jaminan tingkah laku seseorang
Play Video

Mahu elak anak makan bersepah cetus idea jual dadih dalam pek minuman
Play Video

Sheikh Haikel hidap bara usus tahap empat
Play Video