Agoda telah memohon maaf kerana memasukkan klausa “tidak wajar” dalam perjanjian pampasan pemberhentian yang menghalang pekerja yang diberhentikan daripada menghubungi kesatuan sekerja, agensi pemerintah dan badan berkanun.
Ini susulan perbincangan antara platform pelancongan dalam talian itu dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaa (NTUC) dan Kesatuan Pekerja-pekerja Perindustrian...





