Pemimpin agama dan pertubuhan daripada pelbagai kepercayaan di Singapura menyatakan perpaduan mereka dengan masyarakat Islam susulan kejadian bungkusan mengandungi daging khinzir yang diterima Masjid Al-Istiqamah pada 24 September.
Antara pemimpin agama yang menzahirkan sokongannya ialah Biskop Philip Lim daripada Gereja Methodist Singapura, yang menyuarakan kebimbangan dan kesedihan terhadap tindakan provokatif itu.
Dalam satu kenyataan pada 26 September, Biskop Lim menyifatkan...




