Bekerjalah dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan sebarang pujian atau anugerah.
Itulah kata-kata yang menjadi sandaran bagi penyiar stesen radio Warna 942, Aura Shai.
Bermula sebagai deejay sambilan di stesen tersebut, Shai yang sudah menceburi bidang penyiaran radio secara sepenuh masa selama 20 tahun, memang dikenali bak pejuang bakat seni muzik tempatan.
Berkat segala usahanya, Shai atau nama sebenarnya, Shaidatunniza Mahmood,...




