KOTA BHARU (Kelantan): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mendedahkan penyeludup petrol ke negara Thailand meraih keuntungan kira-kira RM3 ($0.92) seliter.
Pengarahnya, Encik Azman Ismail, berkata keuntungan lumayan itu antara faktor utama kegiatan penyeludupan terus berlaku walaupun kawalan ketat sentiasa dipertingkat.





