BANDAR GAZA: Hampir seminggu selepas tentera Israel mula berundur dari beberapa kawasan di Jaluran Gaza pada 9 Oktober, penduduk yang pulang ke rumah masing-masing disambut dengan pemandangan memilukan – segala-galanya musnah, hanya tinggal runtuhan dan debu.
Di tengah-tengah gencatan senjata yang masih kekal rapuh, kini ramai di antara mereka terpaksa berteduh di khemah sementara, di kawasan yang suatu ketika dahulu...





