JOHOR BAHRU: Johor melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai negeri pintar pertama di Malaysia, selepas kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu berjaya mencapai sekurang-kurangnya Tahap 1-Smart City Early Adopter dalam penarafan Bandar Pintar Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata pengiktirafan tersebut sekali gus menjadikan Johor mencapai sasaran Pelan Induk...





