KUALA LUMPUR: Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pihaknya sudah selesai menyiasat kes pecah amanah membabitkan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 49 tahun.
Tan Sri Azam berkata ketika ini tugas SPRM adalah memastikan tuduhan terhadap menantu mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan peguamnya, Encik Mansoor Saat, berlaku di Malaysia.





