BEIRUT/BAITULMAKDIS: Israel membunuh pegawai tertinggi tentera kumpulan Hezbollah di Lebanon dalam serangan udara di pinggir bandar selatan Beirut pada 23 November, kata tentera Israel, di sebalik gencatan senjata hasil usaha Amerika Syarikat setahun lalu.
Serangan itu, yang pertama di pinggir ibu kota Lebanon dalam beberapa bulan, menyasarkan pemangku ketua staf Hezbollah yang disokong Iran, Encik Ali Tabtabai, kata tentera Israel...





