Jurulatih sepak takraw kebangsaan dan bekas pemain negara, Salleh Nanang, terpaksa “rehatkan diri” daripada Sukan SEA kurang sebulan sebelum kejohanan bermula, selepas mengalami serangan jantung secara tiba-tiba semasa menghadiri kursus pertolongan cemas (first aid) pada 22 November.
Kejadian tersebut mengejutkan masyarakat sepak takraw dan juga anggota keluarga terdekat, memandangkan Salleh tidak mempunyai sejarah masalah jantung sebelum ini.





