Helmi Chew Adam, Faizal Chew Adam, SEA Games
SukanDec 14, 2025 | 2:06 PM

Gandingan adik-beradik pimpin pasukan boling negara

Ketika mereka berusia lebih muda, Helmi Chew Adam dan Faizal Chew Adam antara sekumpulan pemain boling negara yang lebih berbakat.

Namun, mengikut pengakuan mereka sendiri, harapan mereka untuk mewakili negara di peringkat senior terbantut.

Syarikat gergasi pembayaran digital, Visa, bakal menubuhkan enam hab di Singapura bagi membina keupayaan dalam teknologi memuncul seiring dengan perkembangan landskap pembayaran global.
EkonomiNov 5, 2026 | 1:45 PM

Visa tubuh 6 hab teknologi global di S’pura, himpun 1,500 pekerja di pusat Paya Lebar

Syarikat gergasi pembayaran digital, Visa, bakal menubuhkan enam hab di Singapura bagi membina keupayaan dalam teknologi memuncul seiring dengan perkembangan landskap pembayaran global.

Pusat baharunya di Paya Lebar Green akan menghimpunkan sekitar 1,500 kakitangan merangkumi peranan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) berautonomi, pembayaran generasi baharu serta perdagangan dipercayai, menurut kenyataan firma Amerika Syarikat itu pada 5 November.

Cik Aber Kawas, aktivis berketurunan Palestin, mencatat sejarah sebagai individu Palestin Amerika pertama dipilih menganggotai Dewan Perundangan Negeri New York selepas memenangi kerusi Senat Negeri bagi Daerah ke-12 dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) pada 3 November 2026. Calon Parti Demokrat itu, yang keluarganya berasal dari Palestin, memperjuangkan isu perumahan mampu milik, penjagaan kesihatan, hak pendatang serta menentang bantuan ketenteraan AS kepada Israel. Kemenangannya mencerminkan peningkatan pengaruh politik masyarakat Arab dan Islam Amerika meskipun berdepan sentimen anti-Islam.
DuniaNov 5, 2026 | 1:27 PM

Calon Islam, Arab cipta sejarah dalam pilihan raya AS

WASHINGTON: Calon berketurunan Arab dan beragama Islam mencatat kemenangan bersejarah dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada 3 November, apabila ramai daripada mereka berjaya memenangi kerusi Kongres dan dewan perundangan negeri walaupun berdepan kempen politik yang dicemari sentimen anti-Islam.

Sekurang-kurangnya tujuh calon Islam dilaporkan berjaya dipilih menganggotai Kongres, terdiri daripada seorang senator dan enam anggota Dewan Perwakilan.

Yip Pin Xiu (tiga dari kanan) menerima anugerah Atlet Wanita Terbaik daripada Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo (tiga dari kiri), pada majlis Anugerah Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSA) pada 4 November. Turut hadir ialah (dari kiri) Pengurus Besar Kumpulan Haw Par Corporation, Encik Brian Loo; Ketua Pegawai Eksekutif Tote Board, Encik Mark Tan; penaung Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC), Cik Ho Ching; serta Presiden SDSC dan Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura, Cik Teo-Koh Sock Miang.
SukanNov 5, 2026 | 1:16 PM

Yip Pin Xiu, Toh Wei Soong raih anugerah utama di Anugerah Sukan Kurang Upaya S’pura 2026 

Perenang para negara, Yip Pin Xiu, mempunyai kerjaya yang penuh dengan pingat dan telah menerima banyak anugerah sepanjang tahun.

Pada 4 November, beliau menambah satu lagi trofi ke dalam koleksinya apabila dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik sekali lagi di Anugerah Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSA).

Federico Valverde dari Real Madrid meraikan jaringan gol ketiga pasukannya ketika menentang AEK Athens pada 4 November.
SukanNov 5, 2026 | 1:06 PM

Valverde wira Madrid, Liverpool tersungkur di tangan Fenerbahce 

ATHENS: Federico Valverde menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk memberi Real Madrid kemenangan 3-2 dalam Liga Juara-Juara di gelanggang AEK Athens pada 4 November.

Sementara itu, Liverpool dua kali mendahului perlawanan tetapi akhirnya tewas 3-2 kepada Fenerbahce.

Orang ramai menuju ke pusat pengundian di Pusat Komuniti Canfield, Dearborn Heights, Michigan, pada 3 November. Di Michigan, calon Parti Demokrat, Dr Abdul El-Sayed, mencatat sejarah sebagai individu Islam pertama dipilih menganggotai Senat Amerika selepas menewaskan calon Republikan, Encik Mike Rogers.
DuniaNov 5, 2026 | 12:45 PM

Agama bukan faktor kemenangan El-Sayed dirai pengundi Islam

WASHINGTON: Kemenangan bersejarah Dr Abdul El-Sayed sebagai senator Islam pertama Amerika Syarikat disambut dengan penuh kegembiraan oleh masyarakat Islam negara itu, tetapi sokongan yang diterimanya bukan semata-mata kerana beliau berkongsi agama dengan mereka.

Sebaliknya, ramai pengundi Islam melihat kemenangan calon Parti Demokrat berusia 42 tahun itu sebagai kejayaan seorang pemimpin yang memperjuangkan isu kehidupan seharian rakyat, termasuk kos sara hidup,...

Takkan bosan di Busan: 4 tempat dan pengalaman menarik
Play Video

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video