KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada jam 12.56 tengah hari pada 12 Januari.
Lafaz cerai dibuat oleh Kamal, atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40 tahun, di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta...





