Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memerlukan masjid mempunyai perjanjian rasmi secara bertulis bagi mendapatkan khidmat asatizah yang bergerak secara bebas dengan menetapkan syarat utama termasuk skop kerja, tempoh, keperluan notis dan pembayaran.
Dalam satu kenyataannya kepada Berita Harian (BH) pada 13 Januari, Muis berkata ia juga sedang menyemak insiden berkaitan dakwaan pemberhentian mengejut kelas Ustazah Shameem Sultanah di Masjid Al-Falah...





