LONDON: Konflik membabitkan keluarga David Beckham terus mendapat perhatian umum apabila Brooklyn, anak sulung pasangan selebriti popular, David dan Victoria memutuskan hubungan dengan keluarganya.
Menerusi muat naik panjang lebar di Instagram, Brooklyn, 26 tahun mendakwa sudah tiba masanya untuk berkongsi kisah sebenarnya mengenai pelbagai dakwaan dibuat ibu bapanya yang disifatkan suatu pembohongan, lapor Berita Harian Malaysia.





