Saya ingin mengulas tentang penggunaan bahasa Melayu di Singapura yang pada hemat saya semakin terhakis dan lebih menyedihkan, kian digantikan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri.
Sebagai seorang akademik di universiti tempatan, kebimbangan ini semakin ketara apabila dalam satu pertemuan dengan seorang pemimpin Melayu Singapura, beliau menyatakan kebanyakan orang Melayu Singapura tidak lagi berminat terhadap bahasa Melayu...





