Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei (RBLF) telah selesai menjalankan edisi ke-28 Latihan Maju Bersama dari 22 hingga 29 Januari di Penanjong Garrison, Brunei Darussalam.
Kementerian Pertahanan (Mindef), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 30 Januari, berkata kira-kira 240 anggota dari Ibu Pejabat, Briged Infantri ke-2 Singapura, Batalion Pertama, Rejimen Infantri Singapura dan Batalion Pertama RBLF...





