BAGHDAD: Keputusan pakatan politik Syiah, Gabungan Penyelaras Iraq untuk mencalonkan semula bekas perdana menteri Encik Nouri al-Maliki bagi menerajui pemerintah sekali lagi telah mencetuskan reaksi meluas, baik di dalam mahupun di luar Iraq.
Langkah itu bukan sekadar pertarungan politik domestik, tetapi mencerminkan pertembungan kepentingan serantau yang lebih besar, khususnya antara Amerika Syarikat dan Iran, serta persoalan lama mengenai kedaulatan sebenar...





