JAKARTA: Indonesia memperoleh geran bernilai AS$14.8 juta (S$18.75 juta) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas menandatangani Perjanjian Geran dan Pelan Kerja Bersama bagi tempoh dua tahun 2026 hingga 2027 untuk memperkukuh program kesihatan negara.
Biro Komunikasi dan Informasi Awam Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan WHO akan menyalurkan bantuan dalam bentuk tunai, barangan serta perkhidmatan bagi menyokong pelaksanaan program sepanjang tempoh berkenaan.





