GUADALAJARA: Tentera Mexico mengumumkan mereka berjaya membunuh raja dadah berpengaruh Nemesio “El Mencho” Oseguera dalam satu operasi keselamatan yang mencetuskan gelombang keganasan di beberapa wilayah negara itu.
Menurut kenyataan rasmi tentera, Oseguera, 59 tahun, ketua Kartel Generasi Baharu Jalisco (CJNG), cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di bandar Tapalpa, negeri Jalisco, sebelum meninggal dunia ketika diterbangkan ke Mexico City untuk...





