Dalam kita sibuk mengelap habuk dan mengemas rumah, terdapat satu barang yang sering kita terlepas pandang untuk bersihkan meskipun ia digunakan hampir setiap hari.
Berus solekan kita mungkin kelihatan bersih di mata kasar, namun, menurut ahli mikrobiologi Singapura, Encik Flander Mo, 27 tahun, berus solekan boleh menjadi lebih kotor daripada yang disangka, memandangkan banyak mikrob atau kuman tidak dapat dilihat...





