Lebih 90 rakan kerjasama projek Jaga Kesihatan, Jaga Ummah (JKJU) berganding bahu pada Ramadan ini dalam satu usaha jangkauan kesihatan terbesar setakat ini untuk masyarakat Melayu/Islam.
Rakan masyarakat JKJU, termasuk masjid serta pertubuhan masyarakat dan akar umbi, menganjurkan usaha pengagihan pek barangan runcit lebih sihat sambil bekerjasama dengan rakan sumber JKJU untuk menyampaikan ceramah kesihatan bersifat peka budaya, bengkel serta...





