Permintaan terhadap khidmat pembeli peribadi atau ‘personal shopper’ di Johor melonjak sekitar 30 peratus sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal apabila semakin ramai warga Singapura memilih menggunakan perkhidmatan tersebut bagi membuat persiapan Hari Raya.
Tengku Farah Dila, 32 tahun, yang menyedia khidmat sebagai pembeli peribadi berkata peningkatan tempahan itu amat ketara terutamanya dalam tempoh satu hingga dua minggu sebelum Aidilfitri apabila...





