KUALA LUMPUR: Isu jurugambar ‘haram’ di kawasan pelancongan Malaysia terutama di hadapan Menara Berkembar Petronas atau KLCC, Kuala Lumpur, semakin serius, apabila dua daripada 18 jurugambar itu ditahan kerana disyaki menyerang dua lelaki di kawasan berkenaan dan didakwa di mahkamah.
Kedua-duanya yang berusia 25 dan 35 tahun, masing-masing dituduh mengikut Seksyen 149 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret...





